WELCOME TO SYABAB AL-DUFFI

Jun 23, 2009

Bukan Gagal, Cuma Belum Berjaya & Akan Berjaya


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Ayyuha Syabab.

Syabab al-Duffi ingin bertanya kepada anda,
Pernahkah anda gagal dalam hidup?
Sekali, dua kali atau banyak kali? Atau tidak pernah?

Apapun jawapan anda itu tidak penting.

Syabab al-Duffi nak fokuskan kepada anda yang sering gagal dalam pengajian ataupun nyawa-nyawa ikan.

Adakah dengan kegagalan demi kegagalan tersebut
anad menganggap anda tidak akan dapat kejayaan pada masa akan datang?

Ingat, gunakan kata-kata positif dalam hidup anda.
Ingat, anda tidak gagal sebenarnya, anda cuma belum Berjaya dan akan Berjaya.
Kegagalan hari ini bertujuan mengajar kita untuk Berjaya “Belajar dari kesilapan”

Dari tinjauan Syabab al-Duffi, memang ramai dari kalangan anda yang pernah gagal berulangkali dalam ‘exam’.
Ada yang gagal sekali, dua kali, tiga kali dsb.

Kepada yang mengulangi kegagalan.

Mengapa anda boleh gagal berulang kali? Apakah puncanya?

Di sini mungkin ada jawapannya untuk anda . Punca kenapa anda gagal berulang kali dalam pengajian dapat diklasifikasikan seperti di bawah:

1. Membuat persediaan yang serupa saja dengan persiapan yang telah dilakukan dalam peperiksaan sebelumnya.

2. Tidak tahu sumber rujukan yang sebenarnya bagi tujuan persiapan peperiksaan.

3. Tidak memotivasikan diri berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lepas.

4. LEMAH SEMANGAT – ramai yang lemah semangat selepas mengalami kegagalan demi kegagalan. Dan akhirnya berputus asa.


Kini, anda perlu keluar dari kisah kegagalan yang anda telah lalui. Lupakan kekecewaan yang telah dialami dan buka nota baru dalam hidup anda . Usah dikenang yang lama, kelak merana diri:) (macam puisi pulak). Dengan melupakan kekecewaan yang lalu, anda akan memulakan langkah menuju ke arah KEJAYAAN – iaitu Berjaya mendapat kecemerlangan dalam bidang pengajian.

Apa yang anda perlu lakukan?

Ikuti tips-tips di bawah:


1. Ubah cara dan strategi persiapan anda dalam menghadapi peperiksaan. Jika sebelum ini anda suka membuat persiapan di saat akhir, ubahkannya dengan membuat persediaan yang lebih awal. Jika sebelum ini anda tidak pernah merancang apa-apa tindakan yang perlu dibuat, kini buat perancangan teliti.

GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL.
Pegang kata-kata tersebut!

- Kebanyakan orang yang berjaya, adalah mereka yang membuat perancangan.
- Ambil masa membuat perancangan, kerana dengannya anda akan dapat menjimatkan masa, meningkatkan kualiti dan juga outputnya (kekuatan anda sendiri) amatlah menakjubkan semasa menghadiri peperiksaan.

2. Usah membuang masa lagi carilah sumber rujukan yang sesuai dan banyakkan membaca. bukan sekadar membaca, bahkan mesti berfikir kerana "learning is thinking".

3. Jumpa je pensyarah-pensyarah. Temui, dekatai, rapati dan bina hubungan dengan mereka. Tentu anda akan dapat info yang tepat dalam memahami subjek yang dipelajari.

4. Belajar dari kesilapan yang lalu. Cuba anda fikirkan, apakah sebabnya anda gagal dalam peperiksaan yang lepas. Cuba bayangkan sesi menjawab soalan yang lalu di fikiran anda. Adakah dulu anda sudah membuat yang terbaik dalam peperiksaan? Jika ya, cuba fikirkan pula, adakah anda memberikan jawapan sebagaimana yang sepatutnya. Seterusnya, jangan diulangi kesilapan yang serupa.

Apa yang penting, tingkatkan keyakinan diri, kesungguhan, kerajinan dan yang paling penting
FIKIRKAN BOLEH.
Seperti lagu popular tahun 80-an:

” Jika kau fikirkan kau boleh, Kau pasti boleh melakukan, Jika kau fikirkan ragu-ragu, Usahamu tidak menentu.....”



5. Jangan biarkan anda menjadi lemah semangat dek kegagalan yang lalu atau yang sedang dialami. Dalam Islam pun kita diajar supaya jangan mudah untuk berputus asa mahupun lemah semangat. Jika anda lemah semangat, satu kerja pun tidak menjadi. Oleh itu, usah biarkan anda hilang semangat. Semangat juang yang tinggi diperlukan demi mencapai cita-cita anda iaitu bergelar pakar dalam bidang yang diceburi. Jika anda kehilangan semangat, selalulah berdoa kepada ALLAH moga dimurahkan rezeki. Yakin kepadaNYA bahawa setiap insan dimuka bumi ini ada rezekinya. Anggaplah kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk anda mendapat kejayaan yang akan mendatang.

Satu tips menarik
dari Syabab al-Duffi, jika anda hilang semangat, apakata dengar lagu UNIC yang bertajuk Langkah Tercipta (Album terbaru).
Semoga lagu tersebut dapat meningkatkan lagi semangat anda dalam menghadapi pengajian seterusnya.

Itulah serba sedikit tips dari Syabab al-Duffi buat kali ini. Syabab al-Duffi berharap semoga tips ini dapat membantu anda dalam menghadapi cabaran pengajian akan datang.

Apapun

KITA HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN.

Apa yang penting, jangan jadikan kegagalan itu sebagai kesudahan segala usaha anda dalam memburu kejayaan dan kecemerlangan, Insyallah ada rezeki, tahun ni anda akan Berjaya dengan cemerlang.


Sekian, terima kasih

http://al-duffi.blogspot.com/

1 comment:

  1. BOLEH JADI KAUNSELOR NI.. ATAUPUN JADI PERINDING MOTIVASI MACAM ABE SEKARANG..

    ReplyDelete