WELCOME TO SYABAB AL-DUFFI

Jun 14, 2009

Dr. Fathi Yakan: Mutiara yang sukar diganti


Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari atau Syabat (kiraan bulanan kuno di Negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah Berjaya memperolehi PhD di dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata (4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam yang terkenal bahkan beliau merupakan di antara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimahullah di Syria.

Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi harakah Islamiyyah ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam. Kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Beliau telah menulis lebih daripada 35 buah kitab khususnya berkait dengan harakah Islamiyyah. Di antara tulisannya yang terkenal adalah “Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam”, “Masalah Berkaitan Dengan Dakwah dan Pendakwah”.

Beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Jama’ah Islami Lubnan. Beliau juga pernah memenangi kerusi pilihanraya Lubnan pada tahun 1996. Beliau tewas pada tahun 2005. Beliau juga pernah menyertai perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak dilakukan di zaman nabi Muhammad s.a.w, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah Negara Islam mampu ditegakkan. Sehingga kini beliau masih lagi merupakan ulamak haraki yang dihormati di kalangan gerakan Islam di dunia ini.

Pemergian beliau seolah-olah satu kehilangan sebutir mutiara yang sukar dicari ganti. Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah SWT dan ditempatkan di tempat yang telah dijanjikan Allah kepada hambaNya yang berjuang pada jalanNya.

No comments:

Post a Comment