WELCOME TO SYABAB AL-DUFFI

Jun 2, 2009

Ayyuha Syabab!

Ayyuha syabab!

Wahai pemuda! Wahai pemudi!

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Kenali diri anda. Siapakah syabab? Siapakah pemuda? Siapakah pemudi?

Secara ringkasnya dari sudut bahasa; Syabab = Pemuda = Pemudi

Syabab = istilah arab, Pemuda = merujuk kepada lelaki, dan Pemudi = merujuk kepada perempuan

Ayyuha syabab!

Wahai pemuda! Wahai pemudi!

Siapakah pemuda idaman? siapakah pemudi idaman?

Pemuda dan pemudi sepatutnya memiliki sifat-sifat@ciri-ciri sebagai pemuda dan pemudi. jika tidak, usahkan menjadi idaman, bahkan tidak sepatutnya diberi gelaran pemuda atau pemudi.

Istilah SYABAB sudah cukup untuk menterjemahkan sifat-sifat@ciri-ciri sebagai pemuda mahupun pemudi:

jom kenali mereka

S=Semangat, Y=Yakin, A=Amanah, B=Bijaksana, A=Amal Soleh, B=Berdikari

S = Semangat

SEMANGAT yang kental dalam menegakkan kebenaran dan menolak kebathilan.

Y = Yakin

YAKIN dengan pegangan, “Tiada Tuhan selain Allah yang menjadi matlamat kami, Muhammad Rasulullah sebagai contoh ikutan kami, Al-Quran kalamullah sebagai panduan kami, jihad jalan kami, mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami”.

A = Amanah

AMANAH sebagai hamba Allah, sebagai Khalifah di atas muka bumi Allah (menegakkan agama dan memakmurkan dunia dengan agama) dan amanah sebagai sebaik-baik umat yang dijadikan untuk menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

B = Bijaksana

Jadilah pemuda yang BIJAKSANA; yang padanya memiliki 3 konsep:

1. Al-Quranik (menjadikan al-Quran sebagai panduan asas),

2. Ensiklopedik (Mempelajari, menceburi, dan memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang dan lapangan ilmu duniawi dan ukhrawi atau ilmu Fardhu a’in dan Fardhu kifayah),

3. Ijtihadik (mampu membuat keputusan yang menjadi “solution” iaitu penyelasai kepada masalah yang berlaku dalam masyarakat sekelilingnya).

A = Amal soleh

Melaksanakan AMAL SOLEH secara berterusan, sentiasa mengabdikan diri kepada Allah, melaksanakan apa yang disuruh dan dalam masa yang sama sentiasa berusaha untuk tidak melakukan maksiat dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T.

B = Berdikari

Pemuda yang mampu BERDIKARI (berdiri di atas kaki sendiri), dan sentiasa berusaha untuk menjadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain, jauh sekali menjadi beban dan menyusahkan orang lain.


Mereka yang memiliki SYABAB itulah pemuda & pemudi idaman, yang akan menjadi harapan agama, bangsa dan Negara.

Ayyuha syabab!

Apa tunggu lagi. Ayuh bangkit! Bangkitlah dari lenamu. Bangkitlah! Majulah! Maralah! Berubahlah! Ayuh, jadilah pemuda idaman! Jadilah pemudi idaman! InnaLlaha maa’na! Sesungguhnya Allah bersama kita!

No comments:

Post a Comment