WELCOME TO SYABAB AL-DUFFI

Jul 3, 2009

Ayuh ke Ko-SPIN '09

Ayyuha Syabab!
Assalamualaikum wbt.

Jom ke
Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara
(Ko-SPIN '09)

Pada 11 Julai 2009 (Sabtu), jam 8.00am- 6.00pm,
bertempat di Auditorium Muzium Shah Alam (new).

Saban hari, masalah sosial dalam kalangan remaja dilaporkan semakin meningkat. Sistem pendidikan Islam negara kita sekarang ini dilihat kurang berkesan dalam menangani masalah ini, padahal Islam adalah jalan penyelesaian terbaik. tentu ada 'something wrong' dalam sistem pendidikan Islam negara kita.

Inginkah kita melihat pemuda masa kini rosak akhlaknya terbawa-bawa hingga ke hari tua? anda semestinya teringin untuk sama-sama memulihkan sistem pendidikan Islam negara kita agar Islam dapat dipasakkan ke dalam jiwa anak bangsa kita dengan lebih berkesan.

Ayuh sama-sama ke Kongres demi satu perubahan dan menyelamatkan anak muda kita yang bakal memimpin negara suatu hari nanti. jika mereka gagal dibentuk dengan baik dari sekarang, ia akan memberi kesan negatif kepada negara pada masa akan datang.

Allahu A'lam.

No comments:

Post a Comment