WELCOME TO SYABAB AL-DUFFI

Sep 16, 2010

Islam Yang Telah Berkembang

video

Islam yang telah berkembang,
Laksana bunga yang indah,
Yang berkembang mekar harum mewangi,
Tumbuhnya memenuhi bumi.

Tumbuhnya memenuhi bumi,
Lembah dan tanah yang tinggi,
Kesuburan itu telah dibajai,
Oleh darah para syuhada.

Kembangnya itu telah disirami,
Oleh air paruh para mujahid,
Tamannya itu telah dipagari,
Oleh para mujahid dan mujtahid,
Panduan kita diambil dari,
Al-Quran, Sunnah Rasulullah,

Berkumandanglah kalimat Thoyyibah,
Dari pembela agama kebenaran,
Keindahan Islam telah terpancar,
Dari harta si kaya yang pemurah,
Ibarat air mengalir deras,
Germanya bagai derai hujan.

"Moga Islam Terus Berkembang-Amin"

1 comment:

  1. Subhanallah, kitalah yang amat memerlukan Islam, Islam akan terus berkembang jika bukan kita yang sebarkan masih akan tetap ada yang sebarkannya. Allahuakbar!

    ReplyDelete