WELCOME TO SYABAB AL-DUFFI

Jun 23, 2009

Bukan Gagal, Cuma Belum Berjaya & Akan Berjaya


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Ayyuha Syabab.

Syabab al-Duffi ingin bertanya kepada anda,
Pernahkah anda gagal dalam hidup?
Sekali, dua kali atau banyak kali? Atau tidak pernah?

Apapun jawapan anda itu tidak penting.

Syabab al-Duffi nak fokuskan kepada anda yang sering gagal dalam pengajian ataupun nyawa-nyawa ikan.

Adakah dengan kegagalan demi kegagalan tersebut
anad menganggap anda tidak akan dapat kejayaan pada masa akan datang?

Ingat, gunakan kata-kata positif dalam hidup anda.
Ingat, anda tidak gagal sebenarnya, anda cuma belum Berjaya dan akan Berjaya.
Kegagalan hari ini bertujuan mengajar kita untuk Berjaya “Belajar dari kesilapan”

Dari tinjauan Syabab al-Duffi, memang ramai dari kalangan anda yang pernah gagal berulangkali dalam ‘exam’.
Ada yang gagal sekali, dua kali, tiga kali dsb.

Kepada yang mengulangi kegagalan.

Mengapa anda boleh gagal berulang kali? Apakah puncanya?

Di sini mungkin ada jawapannya untuk anda . Punca kenapa anda gagal berulang kali dalam pengajian dapat diklasifikasikan seperti di bawah:

1. Membuat persediaan yang serupa saja dengan persiapan yang telah dilakukan dalam peperiksaan sebelumnya.

2. Tidak tahu sumber rujukan yang sebenarnya bagi tujuan persiapan peperiksaan.

3. Tidak memotivasikan diri berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lepas.

4. LEMAH SEMANGAT – ramai yang lemah semangat selepas mengalami kegagalan demi kegagalan. Dan akhirnya berputus asa.


Kini, anda perlu keluar dari kisah kegagalan yang anda telah lalui. Lupakan kekecewaan yang telah dialami dan buka nota baru dalam hidup anda . Usah dikenang yang lama, kelak merana diri:) (macam puisi pulak). Dengan melupakan kekecewaan yang lalu, anda akan memulakan langkah menuju ke arah KEJAYAAN – iaitu Berjaya mendapat kecemerlangan dalam bidang pengajian.

Apa yang anda perlu lakukan?

Ikuti tips-tips di bawah:


1. Ubah cara dan strategi persiapan anda dalam menghadapi peperiksaan. Jika sebelum ini anda suka membuat persiapan di saat akhir, ubahkannya dengan membuat persediaan yang lebih awal. Jika sebelum ini anda tidak pernah merancang apa-apa tindakan yang perlu dibuat, kini buat perancangan teliti.

GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL.
Pegang kata-kata tersebut!

- Kebanyakan orang yang berjaya, adalah mereka yang membuat perancangan.
- Ambil masa membuat perancangan, kerana dengannya anda akan dapat menjimatkan masa, meningkatkan kualiti dan juga outputnya (kekuatan anda sendiri) amatlah menakjubkan semasa menghadiri peperiksaan.

2. Usah membuang masa lagi carilah sumber rujukan yang sesuai dan banyakkan membaca. bukan sekadar membaca, bahkan mesti berfikir kerana "learning is thinking".

3. Jumpa je pensyarah-pensyarah. Temui, dekatai, rapati dan bina hubungan dengan mereka. Tentu anda akan dapat info yang tepat dalam memahami subjek yang dipelajari.

4. Belajar dari kesilapan yang lalu. Cuba anda fikirkan, apakah sebabnya anda gagal dalam peperiksaan yang lepas. Cuba bayangkan sesi menjawab soalan yang lalu di fikiran anda. Adakah dulu anda sudah membuat yang terbaik dalam peperiksaan? Jika ya, cuba fikirkan pula, adakah anda memberikan jawapan sebagaimana yang sepatutnya. Seterusnya, jangan diulangi kesilapan yang serupa.

Apa yang penting, tingkatkan keyakinan diri, kesungguhan, kerajinan dan yang paling penting
FIKIRKAN BOLEH.
Seperti lagu popular tahun 80-an:

” Jika kau fikirkan kau boleh, Kau pasti boleh melakukan, Jika kau fikirkan ragu-ragu, Usahamu tidak menentu.....”



5. Jangan biarkan anda menjadi lemah semangat dek kegagalan yang lalu atau yang sedang dialami. Dalam Islam pun kita diajar supaya jangan mudah untuk berputus asa mahupun lemah semangat. Jika anda lemah semangat, satu kerja pun tidak menjadi. Oleh itu, usah biarkan anda hilang semangat. Semangat juang yang tinggi diperlukan demi mencapai cita-cita anda iaitu bergelar pakar dalam bidang yang diceburi. Jika anda kehilangan semangat, selalulah berdoa kepada ALLAH moga dimurahkan rezeki. Yakin kepadaNYA bahawa setiap insan dimuka bumi ini ada rezekinya. Anggaplah kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk anda mendapat kejayaan yang akan mendatang.

Satu tips menarik
dari Syabab al-Duffi, jika anda hilang semangat, apakata dengar lagu UNIC yang bertajuk Langkah Tercipta (Album terbaru).
Semoga lagu tersebut dapat meningkatkan lagi semangat anda dalam menghadapi pengajian seterusnya.

Itulah serba sedikit tips dari Syabab al-Duffi buat kali ini. Syabab al-Duffi berharap semoga tips ini dapat membantu anda dalam menghadapi cabaran pengajian akan datang.

Apapun

KITA HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN.

Apa yang penting, jangan jadikan kegagalan itu sebagai kesudahan segala usaha anda dalam memburu kejayaan dan kecemerlangan, Insyallah ada rezeki, tahun ni anda akan Berjaya dengan cemerlang.


Sekian, terima kasih

http://al-duffi.blogspot.com/

Jun 21, 2009

Semester Baru Akan Bermula


Ayyuha Syabab!

Semester baru akan bermula. Adakah anda sudah punyai semangat baru? azam baru? harapan baru? Teknik belajar yang baru?

em, mungkin ada yang kata ya dan mungkin juga yang akan katakan saya seperti dulu.

apa pun jawapan anda, Syabab al-Duffi tak kisah, asalkan hari ini adalah hari anda yang lebih baik dari semalam dan setiap dari anda mesti berazam untuk jadikan hari esok lebih baik berbanding hari ini.

Semester baru akan bermula.
Keputusan 'Final Exam' pun dah keluar. lumrah hidup, ada yang cemerlang, kepujian, 'nyawa-nyawa ikan' dan ada yang gagal.

Tahniah juga kepada yang berjaya HABISKAN PENGAJIAN
Tahniah kepada yang CEMERLANG.
Tahniah kepada yang dapat KEPUJIAN.
Tahniah kepada yang dapat 'NYAWA_NYAWA IKAN'
Tahniah kepada yang GAGAL

Kepada yang 'NYAWA-NYAWA IKAN' dan GAGAL, Syabab al-Duffi ucap tahniah kerana anda telah berusaha gigih, kerana anda telah melangkah dan terus melangkah.
Anda buka gagal, tetapi anda belum berjaya, dalam erti kata lain, anda akan berjaya.

apa yang penting anda mesti terus melangkah menuju ke destinasi yang anda impikan. jangan berhenti dan berputus asa. kerana mungkin dengan hanya satu langkah sahaja lagi anda akan sampai ke destinasi yang anda impikan tersebut.

Walaubagaimanapun, untuk berjaya anda mesti meneliti beberapa perkara dengan menjadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran.

jika anda seorang yang kerap mengulangi kegagalan, tentu ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan anda mengulanginya.

Jangan bimbang, anda mampu mengatasinya..................... Bagaimana?

Nantikan...........................

Jun 19, 2009

Sambungan: "Dunia Semut: Sahabat Kecil kita"


Keesokannya, Omar pergi semula ke tempat yang sama dan menanti sahabat kecilnya. Selepas beberapa minit, dia muncul. Dia memberitahunya bahawa dia tidak sabar menanti sepanjang malam untuk bertemu dengannya lagi. Kemudian mengingatkannya tentang janjinya untuk menceritakan kepadanya keadaan dalaman sarang. Oleh itu, si semut mula menceritakan tentang tempat tinggalnya:

"Walaupun kami adalah haiwan-haiwan yang kecil,sarang kami amat besar, tidak ubah seperti ibu pejabat sebuah angkatan tentera yang besar. Jika kamu orang luar, kamu tidak akan dapat memasukinya. Kerana, seperti yang telah kamu ketahui, terdapat pengawal-pengawal seperti saya di pintu-pintu.

Di dalamnya, terdapat aktiviti yang sangat tersusun dan berterusan. Beribu, malah berjuta-juta semut askar dan pekerja seperti saya bekerja di dalam keadaan yang paling mudah.

Lagipun, kami telah memikirkan semua keperluan-keperluan kami ketika kami mendirikan bangunan-bangunan kami. Contohnya, bangunan kami mempunyai

- paras-paras bawah tanah yang hanya mengehadkan sejumlah cahaya matahari masuk.

- terdapat juga bahagian di mana tenaga cahaya matahari diperlukan. Kami membina bahagian ini di paras paling atas, yang menerima cahaya matahari pada sudut paling luas.

- Dan kemudian, terdapat juga bahagian-bahagian yang perlu berada dalam keadaan berhubungan di antara satu sama lain. Kami membinanya berhampiran di antara satu sama lain, supaya semut-semut dapat bertemu antara satu sama lain dengan mudah.

- Ruang simpanan kami, di mana bahan-bahan lebihan kami disimpan, dibina sebagai satu bahagian yang terpisah di satu bahagian bangunan.

- Bilik-bilik kecil di mana kami menyimpan makanan kami tempatkan di tempat-tempat yang mudah dicapai.

- Tambahan pula, terdapat juga sebuah dewan di bahagian tengah bangunan di mana kami berkumpul pada waktu-waktu tertentu".

Di sebelah, kita dapat melihat sebuah bandar bawah tanah. Walaupun tubuh mereka kecil, mereka dapat membina bandar-bandar yang begitu besar.

Apabila Omar mendengar semua ini, dia bertanya kepada sahabat kecilnya: "Apakah kamu benar-benar melakukan semua ini? Saya tidak tahu semut-semut dapat bekerja seperti jurutera-jurutera dan arkitek-arkitek yang mahir. Jika manusia hendak mendirikan bangunan-bangunan yang sempurna, mereka perlu meluangkan banyak tahun di sekolah dan bekerja keras. Adakah kamu juga mendapat latihan yang sama?" Sebagai balasan, si semut tersebut memberitahunya lebih banyak perkara-perkara menarik tentang sahabat-sahabatnya:

"Tidak, Omar. Kami semua mempunyai kemahiran ini di dalam diri kami. Ia tidak pernah diajarkan kepada kami, tetapi kami mengetahui dengan tepat apa yang perlu dilakukan, dan bila. Bukan setakat itu sahaja. Apa yang akan saya beritahu kamu selepas ini akan lebih memeranjatkan kamu.

1. Sistem Pertahanan Udara
2. Bangsal Perkebunan
3. Pintu Masuk Utama dan Pintu-Pintu Masuk Sisi
4. Bilik-Bilik yang Telah Siap
5. Perkuburan Penyimpanan
6. Bilik Pengawal
7. Perisai Luar
8. Bilik Asuhan
9. Gudang Daging
10. Gudang Bijirin
11. Penjagaan Kanak-Kanak untuk Larva-Larva
12. Bilik Musim Sejuk
13. Pusat Sistem Pemanasan
14. Bilik Mengeram
15. Bilik Diraja...
Sudah tentu semut-semut tidak dapat merancang dan mereka semua perincian ini sendiri.Mereka telah didorong oleh Allah untuk melakukannya.

Seperti yang telah saya beritahu kamu sebelum ini, bangunan kami sangat besar jika dibandingkan dengan saiz kami. Bagaimanapun, kepanasan di setiap tempat adalah sama rata. Di dalam sarang kami, terdapat satu sistem pemanasan yang sangat maju. Dengan cara ini, suhu akan kekal sepanjang hari. Untuk menjamin perkara ini, kami menutup permukaan luar bangunan kami dengan bahan-bahan yang tidak membenarkan kepanasan masuk. Dengan cara ini, kami juga menghalang udara sejuk masuk ketika musim sejuk dan menahan udara panas pada musim panas. Dengan cara inilah kami mengekalkan suhu pada satu paras".


Rumah yang semut-semut bina untuk diri mereka adalah seperti sebuah istana bagi mereka.

Sudah tentu jika Omar tidak bertemu dengan sahabat kecilnya ini, dia sukar untuk percaya bahawa semut dapat melakukan semua ini. Dia berkata kepada si semut: "Sebelum kamu memberitahu saya perkara ini, jika seseorang datang dan memberitahu tentang perincian tentang sarang kamu dan bertanya siapakah yang dapat membina sarang seperti itu, sudah tentu saya memberikan jawapan yang berbeza. Saya mungkin akan mengatakan bahawa sebuah sarang seperti itu hanya dapat dibina dengan peralatan yang baik dan kerja keras oleh orang-orang yang mahir. Jika ada orang menyatakan bahawa sarang ini tidak dibina oleh orang yang berpelajaran tetapi oleh semut-semut, sebenarnya, saya tidak mungkin akan mempercayainya".

Ketika sahabat kecilnya, si semut bercakap dengannya, banyak anggapan melintasi mindanya. Dia beranggapan bahawa mereka lebih mahir daripada manusia, dan mula melihat haiwan-haiwan dengan pandangan yang berbeza. Dia faham semut-semut itu telah dijadikan Allah, dan ilham Allah kepada mereka setiap masa yang menjadikan mereka berkelakuan seperti ini. Jika tidak, mereka tidak akan dapat melakukan perkara-perkara ini dengan berjaya.

Ketika semua perkara ini terlintas di fikirannya, sahabat kecilnya masih terus bercakap. Apabila dia telah selesai, Omar menjadi lebih tertarik, dan mahu bertanyanya tentang semua yang terlintas di fikirannya. Dia bertanyakan soalan pertama yang difikirkannya segera. Dia telah diberitahu sebelum ini bahawa semut-semut ini berkelakuan seperti peladang, jadi dia bertanya bagaimana mereka dapat melakukannya. Bagaimana seekor semut yang begitu kecil, berladang di atas tanah tanpa sebarang peralatan, sesuatu yang manusia pun sukar untuk melakukannya?

Si semut berkata: "Biar saya beritahu awak satu perkara tentang kami. Dengan cara itu, ia akan memudahkan untuk menjawab soalan kamu. Walaupun kami kelihatan sama semuanya, kami sebenarnya terbahagi kepada banyak kumpulan-kumpulan yang berbeza mengikut cara kami hidup dan rupa kami. Terdapat 8,800 jenis semut yang berbeza. Setiap spesies mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Semut peladang adalah salah satu daripadanya. Sekarang, saya akan memberitahu kami tentang semut yang terlibat di dalam perladangan. Mereka digelar "attas", iaitu, semut pemotong daun.


Sifat-sifat terkenal attas ialah kebiasaan mereka membawa di atas kepala mereka pecahan-pecahan daun yang telah dipotong. Untuk tujuan itu, mulanya mereka melicinkan jalan mereka, supaya mereka dapat melaluinya dengan mudah. Jalan di mana mereka berjalan ke sarang mereka ketika membawa pecahan-pecahan dedaun kelihatan seperti sebuah lebuh raya kecil. Semut-semut berjalan perlahan-lahan sepanjang jalan ini, mereka mengutip semua ranting-ranting, batu-batu kerikil kecil, rumput dan tumbuhan liar di atas tanah, dan membuangnya. Jadi mereka membersihkan sebuah jalan untuk diri mereka sendiri.

Selepas melakukan kerja yang banyak dan lama, lebuh raya mereka menjadi lurus dan licin seperti telah diratakan oleh alat khas. Attas berjalan di atas laluan ini, berlindung di bawah pecahan-pecahan daun yang besar, yang mereka bawa di dalam rahang-rahang mereka yang dikepit kejap.

Attas memotong dedaun dengan mahir dan berhati-hati.

Omar: Kamu katakan mereka bersembunyi di bawah daun-daun? Mengapa attas merasa perlu untuk bersembunyi di bawah daun-daun?

Si Semut: Kadang kala, semut attas perlu berhati-hati, Omar. Contohnya, pekerja attas yang bersaiz sedang meluangkan hampir sepanjang hari berada jauh daripada sarang, membawa dedaun. Adalah sukar untuk mereka melindungi diri mereka ketika melakukannya, kerana mereka membawa dedaun di rahang mereka, yang selalunya mereka gunakan untuk mempertahankan diri.

Omar: Jadi, jika mereka tidak dapat mempertahankan diri, siapa yang melakukannya untuknya?

Si Semut: Semut-semut pekerja pemotong daun sentiasa ditemani oleh pekerja-pekerja yang lebih kecil. Pekerja-pekerja ini memanjat naik ke atas daun yang dibawa oleh attas dan terus memerhati. Jika berlaku serangan musuh, mereka akan melindungi sahabat-sahabat mereka, walaupun mereka bersaiz kecil.

1- Semut-semut memotong daun-daun yang mereka bawa ke sarang kepada cebisan-cebisan.
2- Mereka mengunyah cebisan-cebisan ini menjadi pulpa.
3- Mereka meletakkan pulpa ini di atas benda yang berasaskan daun-daun kering di dalam bilik-bilik baru.
4- Mereka meletakan cebisan-cebisan kulat yang mereka ambil daripada bilik-bilik lain di atas pulpa ini.
5- Sekumpulan semut-semut yang sibuk membersihkan taman dan membuang semua benda-benda yang tidak diperlukan.

Omar: Itu adalah satu lagi contoh pengorbanan. Tetapi saya ingin mengetahui satu lagi perkara. Untuk apa attas-attas ini menggunakan dedaun ini? Mengapa attas-attas ini membawa dedaun ini sepanjang hari?

Si Semut: Mereka memerlukannya untuk perladangan mereka. Attas menggunakan dedaun ini untuk menanam kulat. Semut-semut tidak dapat memakan dedaun ini sendiri. Oleh itu semut-semut pekerja membuat satu longgokan pecahan-pecahan dedaun selepas mengunyahnya, dan kemudian menempatkannya di dalam bilik-bilik bawah tanah di dalam sarang mereka. Di dalam bilik-bilik ini, mereka menanam kulat di atas daun-daun dan mereka memperoleh makanan mereka daripada pucuk-pucuk kulat yang tumbuh.

Kamu tentu tertanya-tanya bagaimana semut-semut kecil ini dapat melakukan pekerjaan menakjubkan seperti ini sendiri?


Omar: Ya, memang saya cuba memahami bagaimana semut-semut dapat melakukan semua itu. Contohnya, jika kamu meminta saya menanam kulat, sudah tentu ia bukan pekerjaan yang mudah bagi saya. Sekurang-kurangnya saya perlu membaca beberapa buah buku atau meminta nasihat daripada mereka yang tahu melakukannya. Tetapi saya tahu semut-semut tidak mendapat latihan seperti ini.

Sekarang baru saya faham apa yang menyebabkan kamu dan sahabat-sahabat kamu begitu mahir. Kamu telah diprogramkan untuk melakukan tugas-tugas kamu. Contohnya, attas telah wujud di dunia ini dalam keadaan telah sedia mengetahui tentang perladangan. Sudah tentu, Allah, Pencipta semua hidupan, telah memberikan kemahiran ini. Allahlah yang telah menjadikan kamu dan sahabat-sahabat kamu dengan sifat-sifat yang hebat ini.


Attas membawa daun-daun yang mereka potong.

Si Semut: Kamu betul, Omar. Kami mengetahui perkara-perkara ini secara semula jadi. Pencipta kami, Allah, memberikannya kepada kami sebagai satu nikmat.

Omar telah lewat lagi. Dia mengucapkan terima kasih kepadanya, dan pergi ke sekolah. Ketika berjalan, perkara-perkara yang sahabat semutnya telah beritahunya masih bergema di dalam telinganya. Sementara itu, dia terus berfikir.

Perlakuan-perlakuan mahir semut menunjukkan kepada satu kebijaksanaan hebat. Tetapi kebijaksanaan ini tidak mungkin kepunyaan semut-semut itu sendiri. Tambahan pula, mereka hanyalah makhluk-makhluk kecil. Kalau begitu, sudah tentu semua kemahiran semut menunjukkan kepada manusia kebijaksanaan Allah. Untuk menunjukkan kehebatan-Nya dan kesenian rekaan-Nya, Pencipta semut ini, telah menjadikan makhluk-makhluk kecil ini melakukan tugas-tugas yang tidak dapat mereka lakukan dengan kebijaksanaan dan kehendak mereka sendiri.

Sahabatnya memiliki kebijaksanaan, kemahiran dan pengorbanan semula jadi kerana dorongan Allah. Semua yang dilakukannya menunjukkan bahawa ia bukan kuasa dan kebijaksanaannya, tetapi Allah.

Memikirkan perkara-perkara ini, dia menyedari bahawa beberapa perkara yang digambarkannya sebelum ini secara berbeza telah digantikan oleh pandangan-pandangan fakta yang sebenar. Dia juga memahami kini bahawa cerita-cerita tentang hidupan, bagaimana mereka wujud secara kebetulan, bagaimana mereka memperoleh kemahiran-kemahiran yang mereka miliki secara kebetulan melalui satu jangka masa, adalah dusta. Bagaimana ia boleh menjadi benar? Cuba fikirkan, bagaimana semut-semut ini "bercakap" di antara satu sama lain dengan begitu sempurna jika mereka wujud secara kebetulan? Bagaimana mereka dapat berhubung di antara satu sama lain tanpa sebarang kekeliruan, dan membina sarang yang sempurna? Lagipun, jika semua semut-semut ini telah wujud secara kebetulan dan jika mereka hidup hanya untuk mempertahankan diri, bagaimana mereka dapat melakukan pengorbanan yang sangat besar di antara satu sama lain?

Dia memikirkan perkara ini sepanjang hari di sekolah. Apabila dia pulang pada sebelah petangnya, dia memilih untuk membaca al-Quran, yang telah Allah turunkan kepada semua manusia. Ayat pertama yang dibacanya adalah seperti berikut:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Ali Imran: 190-191)

Dia yakin bahawa Allah telah menjadikan semut, dirinya, ibunya dan bapanya, saudaranya dan segalanya di alam semesta ini. Sahabat kecilnya telah mengingatkannya tentang satu kenyataan penting di dunia ini: iaitu tiada pencipta selain daripada Allah.

Saya percaya apabila kamu membaca ayat-ayat ini, kamu semua akan memahami kebenarannya seperti Omar, dan mengetahui bahawa Allahlah yang telah menjadikan segalanya. Kemudian kamu akan berkata: "Darwin, yang menyatakan bahawa hidupan tidak dijadikan, tetapi telah wujud secara kebetulan, adalah suatu pembohongan besar. Apabila kita dikelilingi oleh makhluk-makhluk yang mempunyai banyak kemahiran menakjubkan, adalah mustahil untuk memikirkan bahawa ia wujud secara kebetulan".

Jadi, seperti Omar kamu juga mungkin menemui suatu hari nanti seorang kawan baik, jangan lupa bahawa banyak yang dapat kamu pelajari daripadanya. Kaji dan fikirkan tentang kesempurnaan di dalam kesenian Allah, Yang menjadikannya. Dan jika kamu bertemu dengan pendusta-pendusta seperti Darwin, ceritakan kepada mereka tentang sifat-sifat sahabat kecil kamu dan katakan bahawa kamu tidak akan mempercayai penipuan-penipuan mereka yang tidak masuk akal.

Jun 16, 2009

SELAMAT DATANG KE DUNIA SEMUT

Assalamualaikum ayyuha Syabab!

Syabab al-duffi tertarik dengan sebuah buku yang berjudul "SEMUT:Dunia Sahabat Kecil Kita" karangan Harun Yahya. mungkin ada yang pernah membacanya. walaubagaimanapun, Syabab al-duffi adaptasikan sepenuhnya cerita daripada buku tersebut untuk dikongsikan.

Selamat berkenalan dengan dunia semut. semoga mendapat banyak iktibar daripada perkenalan dengan sahabat kecil kita ini.


Dalam perjalanannya ke sekolah setiap hari, Omar berjalan melalui taman rumah di seberang jalan dan menanti di sana untuk seketika. Seorang kawan istimewanya tinggal di taman ini. Siapapun tidak mengenali kawan ini, tetapi Omar amat menyayanginya. Omar tidak pernah lupa menziarahi kawannya, dan dia amat gembira dengan persahabatan mereka. Tambahan pula, dia mempunyai seorang sahabat yang lebih pintar daripada orang lain. Walaupun saiz badannya kecil, tetapi kawannya ini melakukan banyak perkara-perkara penting. Dia juga adalah seorang yang kuat bekerja. Dia melakukan semua kerja-kerjanya dengan baik dan dalam masa yang sepatutnya, seolah-olah dia adalah seorang askar. Walaupun dia tidak pergi ke sekolah seperti Omar, dia melaksanakan dengan jayanya banyak tugas-tugas yang diperlukannya di dalam hidupnya.

Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah sahabatnya itu?

Sahabat rahsia Omar ialah seekor semut, yang dapat melakukan banyak perkara-perkara yang indah.

Mungkin kamu belum pernah mendengar betapa mahir dan bijaknya semut. Sebahagian kamu mungkin menganggap mereka sebagai serangga-serangga ringkas yang hanya melata ke sana sini tanpa melakukan apa-apa. Tetapi mereka yang beranggapan demikian telah tersilap, kerana semut, seperti juga hidupan lain, mempunyai kehidupan mereka sendiri.

Omar berkesempatan untuk mempelajari dengan lebih terperinci kehidupan ini daripada sahabatnya. Kerana itulah dia tidak pernah lupa untuk menziarahi sahabatnya dan amat gemar berbual dengannya.

Semut-semut penganyam adalah tukang jahit yang mahir. Mereka menyambung daun-daun dengan menariknya daripada dua bahagian dan menjahit daun-daun ini bersama. Dengan cara ini, mereka membuat rumah yang baik untuk diri mereka.

Omar berasa amat kagum dengan perkara-perkara yang didengarinya daripada sahabatnya tentang dunia semut. Dia ingin berkongsi semua yang telah dipelajarinya tentang bakat, kebijaksanaan dan semua sifat-sifat lain hebat sahabat kecilnya ini dengan orang lain.

Jadi, apa yang menyebabkan Omar begitu gembira?

Kenapa dia begitu tertarik dengan dunia semut?

Sudah tentu kamu tertanya-tanya mengapa. Jadi teruskan membaca...

Semut mempunyai jenis yang lebih banyak daripada hidupan-hidupan yang lain. Daripada setiap 700 juta semut yang dilahirkan ke dunia, hanya terdapat 40 kelahiran manusia. Dengan kata lain, jumlah semut-semut di dunia ini adalah jauh lebih tinggi daripada manusia.

Semut-semut penjaga pintu mengawal sarang. Mereka melakukan tugas ini dengan jayanya. Semut-semut lain juga kuat bekerja. Mereka melakukan semua kerja-kerja di dalam sarang.

Keluarga semut juga amat besar. Contohnya, kamu mungkin mempunyai sebuah keluarga yang terdiri daripada 4-5 orang anggota. Bagaimanapun, di dalam keluarga semut, kadang kala terdapat berjuta-juta semut. Sekarang fikirkan untuk seketika: jika kamu mempunyai berjuta-juta adik beradik bolehkan kamu tinggal di dalam sebuah rumah? Sudah tentu tidak!

Kehebatan sifat-sifat semut tidak berakhir di sini sahaja. Walaupun, berjuta-juta mereka tinggal bersama,

- mereka tidak mempunyai sebarang masalah di antara mereka, tidak ada kekeliruan atau kecamukan.

- Mereka hidup di dalam kehidupan yang begitu terancang di mana setiap mereka mematuhi peraturan.

Sebahagian keluarga semut adalah tukang jahit, yang lain pula menghasilkan makanan mereka sendiri seperti peladang, dan yang lain pula menjalankan ladang-ladang kecil di mana mereka memelihara haiwan-haiwan kecil. Seperti mana manusia memelihara lembu dan menggunakan susunya, semut pula memelihara kutu-kutu kecil (kutu daun) dan menggunakan susunya.

Semut-semut "bercakap" di antara satu sama lain dengan menyentuh.

Sekarang mari kita lihat apa yang Omar akan katakan tentang dunia semut ini:

Omar: Saya mula menyedarinya apabila saya ternampak kepalanya yang kecil itu muncul daripada tanah. Kepalanya menarik perhatian saya, kerana ia lebih besar daripada badannya. Saya tertanya-tanya mengapa kepalanya lebih besar daripada badannya? dan mula memerhatikan sahabat kecil saya ini. Kepalanya yang lebih besar daripada badan membantunya untuk bekerja sebagai pengawal di pintu masuk sarang. Adakah kamu mahu tahu 'bagaimana'? Dia memeriksa sama ada semut-semut yang hendak memasuki sarang berasal daripada keluarganya atau tidak, dan dia tidak akan membenarkan mereka masuk sekiranya mereka orang asing.

Sebaik sahaja melihatnya, saya bertemu dengannya dan memintanya menceritakan apa yang sedang berlaku di dalam. Sahabat kecil saya faham akan perasaan ingin tahu saya, dan mula memberitahu saya tentangnya. Apa yang paling menghairankan saya ialah bagaimana semut-semut yang berkepala besar mengenali rakan-rakan sama sarang dengan mereka dan membenarkan mereka masuk.

Semut-semut tidak mahu orang luar memasuki sarang mereka, kerana ia akan mengancam keselamatan mereka. Mereka tidak akan ragu-ragu untuk bergaduh untuk melindungi sarang dan sahabat-sahabat mereka.

Si Semut: Omar, pertamanya biar saya memaklumkan kepada awak bahawa kami memanggil keluarga kami sebuah 'gerombolan'. Dengan kata lain, kami hidup di dalam masyarakat yang digelar gerombolan. Seekor semut dapat memberitahu dengan mudah sama ada semut lain berasal daripada gerombolannya atau tidak. Dia melakukannya dengan menyentuh badan semut tersebut dengan sesungutnya, (batang kecil dan nipis yang keluar daripada atas kepalanya) yang membantunya membezakan semut luar. Bagaimanapun, kami mungkin terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghalaunya.

Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna dan tertanya-tanya bagaimana semut-semut asing cuba memasuki sarang. Apabila dia berkongsi pemikiran ini dengan sahabatnya, dia tersenyum kepadanya dan menyatakan bahawa terdapat banyak perkara yang akan memeranjatkannya.


Semut-semut mempunyai tugas-tugas berbeza. Mereka bekerja keras pada kerja mereka tanpa berehat.

Semut tersebut kemudian berkata: "Biar saya memberitahu awak tentang keadaan dalaman sarang kami, yang kamu beria-ia untuk mengetahuinya.

Gerombolan-gerombolan kami mempunyai seekor

- ratu semut,

-semut-semut jantan,

-askar-askar dan

-semut-semut pekerja.

Ratu dan semut-semut jantan mengekalkan spesies kami. Ratu lebih besar daripada kami semua. Tugas semut-semut jantan ialah untuk membolehkan ratu melahirkan semut-semut baru. Askar-askar bertanggung jawab memelihara gerombolan kami, memburu dan mencari tempat baru untuk sarang. Kumpulan terakhir mengandungi semut-semut pekerja. Semut-semut pekerja semuanya terdiri daripada semut-semut betina yang mandul. Iaitu, mereka tidak bolehmelahirkan anak. Mereka menjaga ratu dan anak-anaknya, dan membersihkan dan memberi makan kepada mereka. Lebih daripada itu, mereka terpaksa melakukan semua kerja-kerja lain di dalam gerombolan. Mereka membina koridor lubang baru di dalam sarang, mencari makanan dan membersihkan sarang. Semut-semut pekerja dan askar juga terbahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil di kalangan mereka. Sebahagian mereka adalah penternak, juru bina, dan pencari makanan. Setiap kumpulan mempunyai tugas-tugas yang berbeza. Ketika satu kumpulan berlawan dengan musuh-musuh atau berburu, kumpulan lain pula membina sarang, dan yang lain pula mengambil berat tentang kebersihan dan membaiki sarang".

Apabila sahabat kecil Omar telah menjelaskan semuanya, dia mendengarnya dengan penuh tanda tanya, dan kemudian menyoalnya: "Tidak pernahkah kamu merasa bosan, menanti di pintu masuk sarang setiap masa? Apakah tugas kamu di dalam sarang?

Si semut menjelaskan: "Saya juga seorang pekerja, dan tugas saya ialah untuk bekerja sebagai penjaga pintu. Seperti yang dapat kamu lihat, kepala saya cukup besar untuk menutup lubang masuk sarang. Saya bangga mempunyai kebolehan ini, dan saya melaksanakan tugas saya dengan bangga. Saya tidak pernah bosan; sebaliknya, saya gembira kerana saya melindungi sahabat-sahabat saya daripada ancaman".

Omar tidak dapat menahan kekagumannya terhadap jawapannya. Semut-semut bekerja sepanjang masa untuk menolong yang lain, tanpa memikirkan diri mereka sendiri dan tanpa sebarang masalah - sesuatu yang sering tidak dapat dilakukan oleh manusia.

Daripada apa yang telah diberitahu oleh sahabat kecilnya, dia dapat memahami dengan mudah bahawa kerja-kerja di dalam sarang telah dibahagikan dengan sempurna di antara semut-semut ini. Jelas di sini bahawa kehidupan semut-semut telah diatur dengan baik dan semua semut-semut ini tidak mementingkan diri. Kemudian dia tertanya-tanya sama ada mereka pernah bergaduh di kalangan mereka kerana sebahagian mereka mendakwa mereka lebih baik atau lebih kuat daripada yang lain. Sahabat beliau berkata bahawa perkara seperti itu tidak pernah berlaku dan menambah:

Pekerja-pekerja yang rajin sedang bekerja.

"Kami adalah sebuah keluarga yang besar, Omar. Tidak ada perasaan cemburu, persaingan atau angan-angan di kalangan kami. Kami selalu tolong-menolong di antara satu sama lain dan kami melakukan yang terbaik untuk gerombolan kami. Segala-galanya di dalam gerombolan ini adalah berdasarkan kepada pengorbanan. Setiap semut memikirkan kepentingan sahabat-sahabatnya terlebih dahulu, dan kemudian barulah dirinya. Biar saya berikan kamu satu contoh. Apabila berlaku kekurangan makanan di dalam gerombolan, semut-semut pekerja dengan segera berubah menjadi semut "pemberi makan", dan mula memberi makan kepada yang lain dengan makanan di dalam perut simpanan mereka. Apabila telah cukup makanan di dalam gerombolan, mereka sekali lagi bertukar menjadi semut-semut pekerja.

Saya pernah mendengar manusia menyatakan bahawa terdapat persaingan di dalam alam semula jadi. Jangan sekali-sekali percaya apa yang mereka katakan. Kami lebih tahu bahawa kami perlu bekerjasama untuk berjaya."

Omar menyatakan bahawa apa yang telah dia beritahunya tentang dirinya dan gerombolannya adalah satu contoh yang baik. Dia amat gembira mengetahui bahawa Allah telah menjadikannya begitu tidak mementingkan diri sendiri, membantu dan sukakan sahabat-sahabatnya. Selepas apa yang diberitahunya kepadanya, dia memilih untuk menjadi sekurang-kurangnya seorang yang selalu memikirkan orang lain seperti mana semut-semut tersebut, dan menjadi orang baik yang Allah sukai.

Dia telah terlewat dan perlu pergi segera ke sekolah. Dia memberitahu sahabatnya bahawa dia terpaksa pergi, tetapi dia akan datang bertemu dengannya esok.


Bersambung.......................



- http://al-duffi.blogspot.com/