WELCOME TO SYABAB AL-DUFFI

Dec 2, 2010

Program Cuti Sekolah







Assalamualaikum wbt.

2 Program (sebagaimana dalam poster di atas bakal dijalankan pada musim cuti ini.

Syabas al-Duffi ucapkan kepada Pusat Tahfiz Gemilang, Gong Badak, Kuala Terengganu kerana sedia menganjurkan program-program sebegini.

al-Duffi doakan agar program tersebut akan berjaya dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat yang besar kepada semua peserta yang menyertai.

Allahu A'lam

Sep 16, 2010

Islam Yang Telah Berkembang



Islam yang telah berkembang,
Laksana bunga yang indah,
Yang berkembang mekar harum mewangi,
Tumbuhnya memenuhi bumi.

Tumbuhnya memenuhi bumi,
Lembah dan tanah yang tinggi,
Kesuburan itu telah dibajai,
Oleh darah para syuhada.

Kembangnya itu telah disirami,
Oleh air paruh para mujahid,
Tamannya itu telah dipagari,
Oleh para mujahid dan mujtahid,
Panduan kita diambil dari,
Al-Quran, Sunnah Rasulullah,

Berkumandanglah kalimat Thoyyibah,
Dari pembela agama kebenaran,
Keindahan Islam telah terpancar,
Dari harta si kaya yang pemurah,
Ibarat air mengalir deras,
Germanya bagai derai hujan.

"Moga Islam Terus Berkembang-Amin"

Feb 15, 2010

Bidadari VS Valentine

Sudah lama al-Duffi tidak membelek akhbar tempatan kerana kesibukan kerja. Alhamdulillah 2 hari cuti kerja sempena tahun baru cina, al-Duffi amat terasa betapa nikmatnya kelapangan masa yang diberikan oleh Allah S.W.T. Syukur alhamdulillah.


Al-Duffi cuba membelek sebuah akhbar tempatan bertarikh 13 Februari 2010.


Setelah membelek helaian ketiga, dup dup dup, jantung al-duffi berdegup kencang apabila terbaca tajuk berita “Gadis lari cinta dihalang keluarga kekasih”, Astaghfirullahal A’ziim, beristighfar panjang al-Duffi.


Dup dap dup dap dup dap, bertambah kencang jantung al-duffi apabila melihat tajuk lain “Kesan gigitan cinta suspek kes rogol”, Astaghfirullahal A’ziiiim, bertambah panjang istighfar al-Duffi.


Bukan itu saja, masih dalam muka surat yang sama, satu tajuk berita lagi “Cikgu tagih cinta sejenis”. Astaghfirullahal A’ziiiim, tak berhenti al-Duffi beristighfar.


Al-Duffi percaya, setiap hari akan ada isu-isu seperti ini dalam akhbar tempatan. Apa yang mengejutkan al-Duffi lagi, akhbar yang sama tersebut mendedahkan satu kempen yang dikecam ramai iaitu ‘no panties’ (tanpa seluar dalam), Astaghfirullahal A’ziiiim, betambah lagi istighfar al-Duffi.


Akhbar tersebut juga mendedahkan kempen berkenaan dipromosikan di kalangan penuntut wanita di institut pengajian tinggi (IPT) sempena hari kekasih pada 14 Februari 2010 (ahad). “oh, hari kekasih rupanya 14 Februari ni” baru al-Duffi tahu hari kekasih pada ahad ni. “waduuh, astaghfirullahal A’ziiim” terkesima seketika. “apa nak jadi dengan dunia remaja sekarang ni?” bisik al-Duffi.


Berita-berita masalah sosial, kes rogol, masalah cinta dan sebagainya sering kedengaran dan didedahkan di dalam dada akhbar sejak sekian lama sebenarnya. Cubaan membasmi dan menyelesaikan masalah-masalah sebegini dilihat tidak efektif dan seolah-olah tiada jalan keluar. Hal ini merisaukan al-Duffi dan sahabat-sahabat seperjuangan.


Masalah ini kian berkembang dan merebak di kalangan remaja, anak muda dan tidak terkecuali para penuntut di IPT yang dikatakan golongan bijak pandai juga turut terjebak dalam masalah ini.


Sedang masalah ini berkembang, datang pula hari kekasih yang juga dikenali ‘valentine's day’. Ramai anak muda menyambut hari kekasih ini bersama pasangan masing-masing. Ramai peniaga-peniaga di gedung beli-belah, pasar-pasar, market dan sebagainya menyediakan pelbagai bentuk barangan cenderamata dan hadiah sempena hari kekasih.


Kini, tersebar di dalam siaran berita tempatan dengan operasi “ops kekasih” lebih kurang gitulah istilah yang al-Duffi rasa sesuai gunakan. Operasi menangkap pasangan kekasih luar nikah oleh pihak berkuasa semakin giat dijalankan. Syabas kepada pihak yang berkenaan.


Walaubagaimanapun, berita operasi tangkapan ini menunjukkan bahawa ramai anak muda atau pasangan-pasangan kekasih menyambut hari valentine. Hal ini merupakan satu kes yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan individu muslim, malangnya anak muda Islam yang ramai terlibat dalam kes tangkapan ini.


Kebanyakan pasangan kekasih akan meraikannya dengan melakukan sesuatu yang dilarang Islam, termasuk berpegangan tangan dan melakukan hubungan terlarang. Hal ini turut melahirkan ketegasan di kalangan ulama agar orang Islam tidak menyambut valentine termasuk Ketua pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama, Abdullah Cholil yang menyatakan “Kami larang orang Islam meraikan Valentine. Ia biasanya diraikan muda-mudi yang belum berkahwin”.


Ketua Majlis Ulama Indonesia di Jawa Timur, Lalilurrahman pula menegaskan, sambutan cinta dan bermesra dengan pasangan kekasih itu adalah tradisi barat dan ia tidak sepatutnya diraikan umat Islam. Tambahnya lagi “Valentine berasal dari budaya barat. Ia tidak langsung memiliki ciri-ciri Islam ataupun budaya yang diamalkan di rantau timur.


Al-Duffi merasa sangat kesal dengan fenomena yang sedang melanda anak muda Islam hari ini. Surat khabar tempatan hari ini mendedahkan ramai penuntut IPT juga turut ditangkap dalam operasi penangkapan pasangan kekasih luar nikah sejak beberapa hari operasi tersebut dijalankan.


Fenomena yang sedang melanda ini akan lebih parah jika dibiarkan begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab. Semua anggota masyarakat perlu mengambil peranan dalam usaha menangani gejala negatif di kalangan remaja.


Ibu bapa memainkan peranan yang paling besar dalam usaha mendidik anak-anak ke arah melahirkan modal insan yang berakhlak mulia. Bak kata pepatah “Merentung buluh biarlah dari rebungnya”. Nilai-nilai Islam perlu diterap sedari kecil lagi kepada anak-anak agar mereka mengenal erti dosa pahala yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan mereka di akhirat kelak.


Tidak kurang juga media memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pemikiran kanak-kanak, remaja bahkan orang dewasa. Bagi al-Duffi, filem-filem berorientasikan kisah cinta remaja, dan cerita-cerita barat yang banyak mengandungi unsur-unsur negatif serta nilai moral yang rendah tidak perlu ditayangkan lagi dalam kaca televisyen. Filem-filem sebegini banyak mempengaruhi dan meransang anak muda bahkan dewasa terjebak ke lembah maksiat apatah lagi dalam suasana anak muda yang kurang dari sudut pendidikan agama.


Kini, hari kekasih tiba, ada beberapa siaran tempatan yang menyiarkan kisah-kisah cinta dan pasangan kekasih. Jika diselidiki, bukan masa hari kekasih sahaja malah sebelum ini pun kebanyakan filem melayu banyak menerapkan kisah cinta dan perasaan.


Sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan. Setiap individu perlu berubah, Ibu bapa perlu berubah, ahli keluarga perlu berubah, masyarakat perlu berubah, filem melayu perlu berubah, media perlu berubah, pendek kata semuanya bertanggungjawab dan semua yang bertanggungjawab perlu berubah untuk satu peningkatan nilai moral dan akhlak anak-anak. Ayuh sam-sama kita berubah.


Paling penting adalah melakukan perubahan pada diri sendiri. Terutama golongan sasaran yang biasa terjebak dengan fenomena cinta dan hari kekasih ini perlu melakukan perubahan. Anda sendiri yang perlu mengubah diri anda bukan orang lain kerana tiada siapa dapat mengubah diri anda melainkan diri anda sendiri.


Apa yang perlu dibuat sekarang?


Kepada mereka yang belum terjebak ke dalam adegan cinta pertama, kasih kekasih, aku cinta engkau dan engkau cinta aku, bermain dengan perasaan cinta dan kasih sayang, dan apa sahaja yang sinonim dengannya yang diluar batasan syara’ dan yang membawa kepada cinta terlarang jangan cuba-cuba untuk mendekatinya. Usah mencari pasangan kekasih semata-mata hendak menyambut valentine kemudian terjebak ke dalam lembah kemaksiatan.


Kepada mereka yang telah terjebak dengan adegan cinta dan sebagainya, cepat-cepatlah melangsungkan akad nikah agar tidak terus terjatuh ke dalam cerun atau lembah cinta terlarang. Berhentilah segera daripada meneruskan hubungan yang dilarang oleh Allah S.W.T. kerana kita hidup bukan di dunia sahaja bahkan kita akan dihidupkn semula di akhirat kelak. Syurga disediakan kepada mereka yang soleh dan solehah. Bukan itu sahaja, bidadari di syurga jauh lebih cantik berbanding bidadari dunia.


Jika anda mengejar bidadari dunia dengan cara yang salah, sukar untuk anda memiliki bidadari syurga nanti.
Tapi jika anda memiliki bidadari dunia dengan cara yang betul, anda juga akan memiliki bidadari syurga nanti,
insyaAllah.


Yakinlah dengan janji Allah S.W.T dalam firman-Nya:


17. Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, di tempatkan Dalam taman-taman syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).

18. Mereka bersenang lenang Dengan apa Yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, dan mereka dipelihara Tuhan dari azab neraka.

19. (dan dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman Yang lazat serta baik kesudahannya, Dengan sebab apa Yang kamu telah kerjakan".

20. Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin Yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari Yang putih melepak, lagi Luas cantik matanya.

(Surah Thuur: 17-20)


SubhanaLlah. Betapa besar nikmat yang Allah janjikan untuk hamba-hambanya yang bertakwa.


Apapun yang bakal terjadi, pilihan di tangan anda. Allah telah menjadikan kita jiwa yang padanya ada dua pilihan, kejahatan dan ketakwaan. Kita yang memilih jalan mana yang akan kita lalui. Lorong gelap atau lorong yang diterangi cahaya keimanan dan ketakwaan. Kita punya akal yang waras, pasti kita mampu memutuskan pilihan jalan yang bakal kita lalui untuk menuju ke destinasi yang kita idamkan. Bak kata Nabil “Lu pikirlah sendiri”.


Tidak ada sesiapa yang boleh memaksa anda untuk memilih yang itu atau yang ini. Kerana anda punya kuasa memilih.


Mereka yang telah terlanjur, pintu taubat masih terbuka dan sentiasa terbuka selagi matahari terbitnya di timur. Allah itu maha pengampun.


Sudah menjadi lumrah bagi semua orang Islam, ada kesilapan yang kita lakukan dengan sedar dan ada juga kesilapan yang kita lakukan tanpa sedar. Selagi nyawa belum diambil, kiamat belum datang, cepat-cepatlah dan selalulah kita memohon ampun kepada Allah S.W.T. Semoga kita diampunkan segala dosa yang besar mahupun yang kecil. Amin.


Sekian.


Coretan:

Syabab al-Duffi.

http://al-duffi.blogspot.com

Jan 30, 2010

Molekul Ajaib Bukti Kebesaran Ilahi

Assalamualaikum w.b.t.

Di sini saya ingin kongsikan satu perkara yang amat menakjubkan.

Satu penemuan yang menjadi bukti kebesaran Allah S.W.T.

Kajian selama lebih 50 tahun daripada saintis seluruh dunia telah menemui satu molekul ajaib (Transfer Factor) yang dapat meningkatkan sistem imun setinggi 283% dan 437%. satu jumlah peningkatan imun yang amat tinggi dan tertinggi berbanding herba-herba dan pemakanan kesihatan terkenal yang lain

Tahukah tuan dimana Molekul ini ditemui?

Jawapannya, molekul ini hanya ditemui di dalam susu awal. Rupa-rupanya di dalam susu terkandung penawar yang mujarab kurniaan Allah S.W.T.

Susu disebut dalam al-Quran. Allah menjadikan sungai susu di dalam syurga. Di antara arak dan susu nabi memilih susu. Allah menjadikan Ibu yang bersamanya Allah jadikan susu sebagai nutrisi utama bayi baru lahir. Yang hebatnya, Di dalam susu awal ibu juga terkandung molekul Transfer Factor yang dipindahkan kepada bayi. Transfer Factor mendidik imun bayi tersebut supaya dapat mengecam, mengenali dan meransang imun bayi untuk mempertahan, melawan dan membunuh virus, kuman, bakteria, hama dan musuh-musuh manusia daripada dijangkiti.

Tentu tuan tahu apa yang akan terjadi kepada bayi yang tidak mengambil susu awal ibu. Bayi tersebut terdedah dengan risiko penyakit kuning dan mungkin lain-lain lagi.

Dengan meningkatkan sistem imun akan secara langsung dapat mencegah dan merawat penyakit.Kini saintis mengkaji dan berjaya mengekstrak molekul Transfer Factor daripada susu awal lembu dan kuning telur. Lalu dikumpulkan dalam bentuk kapsul.

Produk Transfer Factor ini akan mendidik sistem imun kita agar dapat menjalankan fungsinya dengan baik, betul dan berkesan serta memperbaiki sistem dalam badan contoh memperbaiki pankreas yang rosak yang menjadi faktor penyakit kencing manis, kerana pankreas tidak menjalankan fungsinya sebagai pengeluar insulin yang menukarkan gula kepada tenaga sekaligus mengawal kandungan gula dalam darah.

Transfer Factor juga akan meningkatkan keaktifan Natural Killer Cell (NK Cell) yang bertindak membunuh dan menghalang pertumbuhan sel kanser.

Subhanallah, Allah telah jadikan Raja Penawar semulajadi dalam badan kita iaitu Sistem Imun. Tanpa sistem imun, tengok sahaja daging yang telah mati dan terdedah, apa yang terjadi adalah busuk, berkulat dsb.

Apa yang perlu dibuat sekarang ialah bantu sistem imun kita (tentera pertahanan dalam badan kita) untuk melawan musuh. Transfer Factor tersedia untuk mendidik imun kita agar lebih bijak dan kuat dalam membunuh musuh-musuh hingga ke akar umbi.

Sekian, wassalam.

http://al-duffi.blogspot.com

Jan 26, 2010

GEGAR


Assalamualaikum w.b.t. Syabab sekalian.

JOM GEGAR YANG MENGGEGAR HINGGA BERGEGAR.

GEGAR?

erm, teringat syabab akan kata-kata seorang ustaz masa al-duffi di alamJustify Full pengajian satu masa dahulu, "Kalau sesuatu yang bukan hak kita, walau seratus kilometer jangan kita hampiri. akan tetapi, jika sesuatu yang jelas hak kita, walau ada dinding sekalipun kita mesti pecahkannya untuk dapatkan hak kita".

Kata-katanya jelas menggambarkan pendiriannya dalam soal hak dan begitulah keadilan Islam dalam soal hak pemilikan harta dan sebagainya. Islam tidak membenarkan sama sekali sesiapa pun merampas hak milik orang lain sewenang-wenangnya.

Bila sebut tentang GEGAR, semua tentu membayangkan satu perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat kelantan. Royalti minyak di perairan Kelantan yang sepatutnya menjadi hak rakyat kelantan sudah sekian lama dirampas tanpa disedari rakyat Kelantan sendiri. hak mereka diceroboh, disekat, dihalang dan mereka tidak mendapat hak mereka walau dari setitik minyak.

Rakyat Kelantan perlu bangkit menuntut hak mereka yang telah dicuri oleh si tangan panjang. bak kata ustaz tadi, walau ada dinding sekalipun kita mesti pecahkannya untuk dapatkan hak kita. Walau setebal mana sekalipun dinding yang menghalang, rakyat kelantan mesti berpadu tenaga untuk memastikan tembok dinding tebal yang menghalang akan ranap dengan izin Allah S.W.T.

"Hak tetap hak, yang berhak mesti diberikan haknya, jangan biarkan hak mereka dirampas oleh mereka yang tidak berhak"

Jan 11, 2010

Molekul Transfer Factor


Assalamualaikum Syabab sekalian.

Hari ini al-duffi nak berkongsi sedikit berkenaan satu pemakanan kesihatan yang mampu meningkatkan sistem imun kita.

in this recent days, kita kena cari pmakanan yang boleh meningkatkan sistem imun. sebab sistem imun adalah Raja Penawar semulajadi yang Allah ciptakan dalam tubuh kita untuk menentang dan menghalang penyakit daripada menyerang tubuh kita termasuk H1N1.

nak tanya, kenapa daging lembu yang dah disembelih apabila dibiarkan terdedah lama-lama akan berkulat, busuk dan sebagainya?- anda tahu jawapannya.

semakin meningkat usia kita, semakin menurun imun kita. jadi, kita kene cari pemakanan yang boleh meningkatkan sistem imun kita.

Saya telah diperkenalkan oleh seorang Doktor dengan satu produk yang terbaik setakat ini dalam meningkatkan sistem imun kita hasil kajian saintis selama 50 tahun iaitu Transfer Factor. TF adalah molekul yang menyimpan maklumat tentang virus, kuman, bakteria, dan apa sahaja yang menjadi musuh dan memberi ancaman kepada manusia. molekul TF akan mendidik sistem imun kita untuk mengenali musuh-musuh ini serta meransang imun kita untuk menyerang. Molekul ini hanya ada dalam susu awal termasuk susu awal ibu.

satu lagi soalan, kalau bayi tidak mengambil susu awal ibu jadi macamner?-anda tahu jawapannya

kini, saintis mengkaji bagaimana manusia boleh mendapatkan TF selain daripada susu awal ibu. kita pernah menerima TF daripada ibu tapi bila dewasa bagaimana kita nak dapatkannya? alhamdulillah, saintis mendapati susu awal lembu dan kuning telur juga mengandungi molekul TF dan semua susu awal tak kira haiwan jenis apa ada molekul TF. Setelah kajian dijalankan selama 50 tahun, akhirnya saintis berjaya mengekstrak molekul TF daripada susu awal lembu dan kuning telur kemudian dikumpulkannya dalam bentuk kapsul.

Selain itu, hasil kajian saintis selama 7 tahun mendapati molekul TF mampu meningkatkan sistem imun dengan kadar yang amat tinggi dan tertinggi berbanding produk-produk herba terkenal yang lain (283%-437%).

Kini produk Transfer Factor semakin melebar luas di seluruh dunia termasuk Malasysia. Di Rusia, TF menjadi pemakanan pertama yang diiktiraf oleh kerajaan Rusia untuk digunakan di seluruh hospital dan klinik mereka.

Lebih 3500 laporan sains dan ujian klinikal telah dihasilkan tentang keberkesanan TF oleh para saintis dan Doktor dari lebih 60buah negara.

kalau nak tengok klinikal abstract dan buku-buku berkaitan imun sistem boleh datang Terengganu jumpa al-duffi. Anda boleh baca fakta saintifik yang terkandung dalam klinikal abstract tersebut.

"Dengan menigkatkan sistem imun, segala penyakit akan secara langsung dapat dicegah dan dirawat"- tanyalah mana-mana doktor, insyaAllah pasti ketemu kebenarannya.

erm, rupa-rupanya ada "something special" dalam susu ibu yang kita tak tahu selama ini. betapa besar anugerah Allah menjadikan ibu untuk kita.

dan rupa-rupanya kita dianugerahkan oleh Allah dengan Raja Penawar Semulajadi dalam tubuh iaitu imun sistem yang kita jarang memikirkannya selama ini.

Sekadar itu dahulu perkongsian dengan syabab-syabab. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh contact Syabab bila-bila masa. InsyaAllah.


Yang benar,
Syabab al-duffi
http://al-duffi.blogspot.com

Jan 6, 2010

Berubah

Berubah?
Sudahkah anda berubah?
Apa perubahan yang telah anda buat?
Perubahan ke arah lebih baik atau sebaliknya?
Atau anda tidak sedar anda telah berubah dan ada perubahan?

Tentunya,
Pasti akan ada perubahan kepada setiap individu,
Apa sahaja bentuk perubahan boleh berlaku kepada setiap individu.
Samada berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik berbanding sebelumnya,
Atau berubah untuk menjadi seorang yang bertambah buruk berbanding sebelumnya.

Setiap individu pasti ada perubahan yang tersendiri,
al-Duffi ada perubahan, anda ada perubahan, dan semua orang ada perubahan.

Yang pertama:

Ada orang,
Berubah untuk berjaya,
Berubah untuk bahagia,
Berubah untuk cemerlang,
Berubah untuk kesenangan,
Berubah untuk kemenangan,
Berubah untuk mencapai cita-cita,
Berubah untuk mencapai matlamat,
Berubah untuk jadi anak yang soleh dan solehah,
Berubah untuk jadi insan yang baik, bertambah baik dan terbaik.
Dan macam-macam lagi perubahan yang kita golongkan sebagai perubahan positif.

Yang Kedua:

Ada juga orang,
Berubah ke arah kegagalan,
Berubah ke arah kecelaruan,
Berubah ke arah ketamakan,
Berubah ke arah kefasikan,
Berubah ke arah kelesuan,
Berubah ke arah kemalasan,
Berubah ke arah kelemahan,
Berubah ke arah kejahatan,
Dan macam-macam lagilah perubahan negatif yang tidak mustahil berlaku.


Ehem2, nak minum air sikit, rasa haus pulak bila berceloteh sikit.

Baiklah kita sambung.

Jadi, perubahan yang bagaimana yang anda mahukan?
Bukan sekadar mahu, apa perubahan yang sepatutnya kita pilih?
Anda nak pilih yang mana? Anda pilih yang pertama? atau anda pilih yang kedua?

Anda pilih yang pertama?
Tahniah, Tahniah, Tahniah, al-Duffi bangga dengan anda yang memilih perubahan yang pertama, anda orang yang bijak, insyaAllah anda akan bertambah bijak. Mungkin anda berubah lebih baik daripada perubahan yang pertama.

Yang berubah adalah anda, anda yang menentukan perubahan,
Hanya anda yang mampu mengubah diri anda, orang lain tidak mampu mengubah anda.
Perubahan yang bagaimana yang anda mahukan untuk diri anda, anda yang tentukan.

Ingat,
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya,
Dalam erti kata lain, anda sendiri yang perlu berusaha mengubah diri anda,
Anda berdoa dan anda berusaha, kemudian anda bertawakkal kepada Allah S.W.T.
Perubahan ada di tangan anda, anda pasti berubah, anda yang memilih bentuk perubahan.

Semoga perubahan positif sentiasa ada dalam diri kita semua. InsyaAllah.

I Support you Syabab.

Coretan daripada,
Syabab al-Duffi

Dec 29, 2009

Azam Baru

Salam Syabab,

Apa khabar Syabab sekalian? Al-duffi harap sihat selalu.
Dah lama al-duffi tak tanya khabar Syabab sekalian..


Sebelum tahun 2009 ini berakhir,
mari syabab sekalian renungkan
apa yang syabab sekalian lalui
dalam tempoh setahun ini..


Sudah pasti ada manis dan ada pahitnya.
Dalam hal kehidupan di bumi Allah ini,
mungkin ada pelbagai kisah suka duka anda.


"Mungkin anda meninginkan sesuatu tak dapat?"

"Mungkin anda mencuba sesuatu tapi gagal?"

"Mungkin anda dah berjaya dan sedang membina kehidupan bahagia?"

"Mungkin anda dah dapat sesuatu tetapi terpaksa membuangnya?"

"Mungkin anda salahkan orang lain sebagai punca kegagalan?"

"Mungkin anda dah berputus asa dalam memburu kejayaan?"

"Mungkin anda seorang yang tabah dalam menghadapi kegagalan demi kegagalan?"

Atau 1001 lagi kisah suka duka sepanjang tahun 2009 ini.

Setiap orang ada kisahnya.


Apa yang dah berlalu, biarkannya...

Tahun baru yang mendatang, kita bina azam baru...

Jadi,

Apakah azam anda pada 2010?

Pastinya..

Azam yang bakal menghasilkan kejayaan buat anda
Walau apapun azam anda,
jangan lupa sentiasa ingat kepada Tuhan.
Hanya dengan kuasa-NYA azam anda bakal tercapai.

Jadikan pengalaman lalu sebagai pemangkin
ke arah kejayaan pada masa akan datang.
Jika ada buat kesilapan, usah diulangi lagi.

Di sini al-duffi cuma ingin ucapkan
selamat maju jaya buat anda,
terutamanya pada tahun 2010 sedang menjelang.

Maaf lah, berceloteh pula al-duffi....

Selamat Tahun Baru buat anda Syabab sekalian dan
semoga dipanjangkan umur.

Moga kita bersua selalu di alam maya ini


Sekian.

Dec 27, 2009

Gagasan Kebangkitan Semula Tamadun Islam

Wahai syabab, Islam pernah gemilang. Sejarah tercipta telah membuka mata seluruh umat manusia suatu ketika dahulu betapa hebatnya dan betapa agungnya Islam sebagai agama yang diredhai Allah S.W.T.

Kebangkitan tamadun Islam dalam lembaran sejarah telah terlakar sebagai sebuah tamadun yang paling cepat berkembang. Tamadun besar dunia seperti tamadun China (5000SM), India (3000SM), Mesir (5000SM), Yunani (1500SM) dan Parsi (500SM); semuanya memakan masa yang lama untuk berkembang.

Betapa pantas perkembangan Tamadun Islam, tidak sampai 2 abad (200 tahun) dari saat kelahirannya, kegemilangannya telah mempengaruhi Eropah dari pergunungan Pyranis (Himalaya) sedangkan tamadun besar yang lain memakan masa beribu-ribu tahun lamanya untuk mencapai kemajuan. Sedangkan Islam lahir di tengah-tengah masyarakat yang tinggal di gurun kering dan bilangan penduduknya sedikit dan berpindah-randah.

Perkembangan yang berlaku tentunya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana ajaran Islam itu sendiri bersifat maju dan bermutu tinggi. Adalah menjadi fitrah manusia mahukan kemajuan dan menginginkan sesuatu yang bermutu tinggi dalam semua perkara.

Semua maklum, kebangkitan Islam tidak berdasarkan longgokan harta benda (material). Islam bangkit berdasarkan kefahaman, ketakwaan, keimanan dan keikhlasan yang tertanam dalam jiwa setiap pendokongnya.

Golongan intelektual dan ilmuan telah mencetuskan suatu zaman yang mana umat Islam diterangi dengan pelbagai bidang ilmu yang pada ketika itu barat dalam kegelapan. Kesederhanaan hidup melumpuhkan sikap tindas menindas sesama manusia untuk mengejar kemewahan duniawi yang sementara. Hal ini, mempercepatkan lagi perkembangan kebangkitan Tamadun Islam.

Sejarah telah membuktikan paksi kebangkitan tamadun Islam harus diteraskan kepada takwa. Umat mesti mantap akidah mereka dari sudut takwa. sikap yang betul atau the right attitude towards takwa amat penting. Dengan takwa, umat akan hidup dalam keadaan yang sentiasa sedar dan selalu 'beringat-ingat' akan kewujudan dan mentauhidkan Allah S.W.T.

Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat, setiap gerak dan tingkah laku, setiap jiwa yang masih bernyawa, setiap nikmat yang masih mengalir dimanfaatkan dengan penuh rasa kehambaan dan rendah hati. Tentunya, secara tidak langsung individu akan menghalusi yang halal, haram, sunat, makruh dan harus disebabkan ketakwaan yang telah dihamilkan dalam diri maka lahirlah peribadi unggul dan ulung. Allah telah menjanjikan bahawa orang yang bertakwa adalah sebaik-baik umat seandainya mereka menyeru kebaikan dan melarang perkara maksiat di sisi Allah. Melalui pembangunan tamadun Islam yang berteraskan takwa telah membuka mata manusia bahawa suluhan tauhid adalah perisai keunggulan dan kejayaan duniawi dan ukhrawi.

Kesimpulannya, sebagai gagasan demi kebangkitan semula sebuah peradaban atau kebangkitan semula Tamadun Islam, maka paksi kebangkitan tamadun Islam harus diteraskan kepada takwa. Umat mesti dipulihkan akidah mereka dari sudut takwa terlebih dahulu. InsyaAllah dengan pemulihan akidah umat, kebangkitan semula tamadun Islam pasti menjelma lagi.

Renungkan Firman Allah S.W.T:

Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

(al-Imran:110)


Nov 9, 2009

JANGAN TAKUT

Jangan takut wahai syabab.

Sebab apa Syabab al-Duffi nak sebut pasal ni,
sebab TAKUT adalah sejenis penyakit yang berkembang biak di dalam jiwa seseorang disebabkan oleh perasaan yang menghantui dirinya.

Penyakit ini berkemampuan untuk berkembang dengan mengurangkan kadar iman.

Contoh kiisah orang takut:
Ketika mendengar bunyi pintu berderak dengan sendiri atau suara langkah tanpa melihat orangnya, orang yang penakut akan merasa bertambah takut. Betul? betul la tu. Dia akan takut samada kepada manusia ataupun syaitan berbanding kepada Allah S.W.T pada ketika itu.

Ingatlah Syabab,
Sesungguhnya puncak keberanian adalah takut kepada Allah S.W.T.
Orang yang takut kepada Allah S.W.T adalah orang yang berani sesama manusia,
mereka adalah orang yang melaksanakan perintah Allah S.W.T.
(Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni)

Ungkapan seorang penyair:
Bukan orang yang berani yang menjaga kudanya di medan perang, Sedangkan peperangan sedang berkecamuk, Tetapi seorang yang berani adalah orang yang menolak keburukan, Dan mencegah dirinya daripada yang haram, Itulah pahlawan sejati.

Oleh itu,
apa ciri-ciri orang yang paling berani?
1. Melaksanakan perintah Allah S.W.T
2. Mencegah dirinya daripada perbuatan dosa

Itulah keberanian yang pada saatnya akan diberikan kemenangan oleh Allah S.W.T ketika bertemu dengan musuh-musuhnya.

Sebahagian ulamak mengatakan:
Seorang hamba tidak akan dimenangkan oleh Allah S.W.T di medan perang kecuali apabila dia mengalahkan hawa nafsunya dan menjauhkan larangan Allah S.W.T.

jika meninjau kebiasaan orang arab sekalipun, mereka ketika hendak mengangkat seseorang untuk menjadi pemimpin mereka, syarat pertama yang mesti ada kepada orang yang hendak dipilih adalah seorang yang berani dan dermawan.

Islam sentiasa mendidik orang yang penakut agar menjadi orang yang berani dalam segala hal. berani mengungkapkan idea dan gagasan baru, berani mencari ilmu dan berani berperang menjadi penyambung sahabat Rasulullah S.A.W.



Adaptasi;
RAIHLAH KEJAYAAN
Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni

Aug 19, 2009

Transfer Factors

Completely unique.

Transfer Factor molecules are completely unique. They contain information that can be transferred from one immune system to another. That means that your body can borrow the immune education it needs to Recognize, Respond to, and Remember unwanted threats. 4Life Transferceutical™ Products truly provide the ultimate in immune system support.

We’re Exclusive

When it comes to immune system research, 4Life took the lead in 1998 and never let go. We’ve created a new category of immune system research called Transferceutical ™Science. Our science is backed up with multiple patents – and studies that show a record-breaking 437 percent boost in immune cell activity.

4Life=Innovation

4Life leads the way in Transferceutical™ Science. We’re constantly breaking new ground and looking for new ways that we can provide immune system support for you. Our latest innovations, the Tri-Factor™ Formulas, both boost and balance the immune system, aiming for optimal regulation.

4Life Transferceutical™ Products are unique, patented and cutting-edge—improve immune system function by up to 437%.

A preliminary scientific test suggests that 4Life Transfer Factor® Tri-Factor® Formula strengthens your immune system guard by increasing the number of protective IgA antibodies.

4Life is the leader in Transferceutical™ Science, but really, it’s about showing the world just how good healthy can feel. When your immune system is working well, your body has energy to focus on other activities… like running after your four-year-old or getting a basketball game in after work.


For more information:

Call me Firdaus al-Duffi (013-9751878)


Jul 29, 2009

Dr. Marwa El-Sherbiny (Syahidah al-Hijab)


Who Is the real terrorist?
Anda fikir la sendiri.

Dr. Marwa El-Sherbiny mempertahankan jilbabnya (tudungnya) hingga ke hujung nyawa,
anda bagaimana?

Alangkah beruntungnya beliau mati dalam keadaan mempertahankan kewajipan sebagai seorang wanita solehah yang membawa gelaran Syahidah al-Hijab.

"Ya Allah, kurniakan untuk kami Husnul khatimah, dan jauhkanlah kami dari suul khatimah"

Jul 5, 2009

Gegarkan Konsert Antara Dunia '09



















Ayyuha Syabab!

Julung - julung pertama kalinya dilaksanakan oleh ahli GAMIS yang terpanggil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menghayati erti sebenar kemanusiaan sebagai seorang Muslim. Muzik dilihat sebagai elemen yang dekat di hati masyarakat dan medan menyebarkan dakwah masa kini di samping mempamerkan kesenian Islam.


Maklumat Lanjut sila ke http://gamisconcert.blogspot.com/ untuk tempahan tiket & sebagainya.

Sebar-sebarkan & datanglah beramai-ramai.