Jangan takut wahai syabab.
Sebab apa Syabab al-Duffi nak sebut pasal ni,
sebab TAKUT adalah sejenis penyakit yang berkembang biak di dalam jiwa seseorang disebabkan oleh perasaan yang menghantui dirinya.
Penyakit ini berkemampuan untuk berkembang dengan mengurangkan kadar iman.
Contoh kiisah orang takut:
Ketika mendengar bunyi pintu berderak dengan sendiri atau suara langkah tanpa melihat orangnya, orang yang penakut akan merasa bertambah takut. Betul? betul la tu. Dia akan takut samada kepada manusia ataupun syaitan berbanding kepada Allah S.W.T pada ketika itu.
Ingatlah Syabab,
Sesungguhnya puncak keberanian adalah takut kepada Allah S.W.T.
Orang yang takut kepada Allah S.W.T adalah orang yang berani sesama manusia,
mereka adalah orang yang melaksanakan perintah Allah S.W.T.
(Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni)
Ungkapan seorang penyair:
Bukan orang yang berani yang menjaga kudanya di medan perang, Sedangkan peperangan sedang berkecamuk, Tetapi seorang yang berani adalah orang yang menolak keburukan, Dan mencegah dirinya daripada yang haram, Itulah pahlawan sejati.
Oleh itu,
apa ciri-ciri orang yang paling berani?
1. Melaksanakan perintah Allah S.W.T
2. Mencegah dirinya daripada perbuatan dosa
Itulah keberanian yang pada saatnya akan diberikan kemenangan oleh Allah S.W.T ketika bertemu dengan musuh-musuhnya.
Sebahagian ulamak mengatakan:
Seorang hamba tidak akan dimenangkan oleh Allah S.W.T di medan perang kecuali apabila dia mengalahkan hawa nafsunya dan menjauhkan larangan Allah S.W.T.
jika meninjau kebiasaan orang arab sekalipun, mereka ketika hendak mengangkat seseorang untuk menjadi pemimpin mereka, syarat pertama yang mesti ada kepada orang yang hendak dipilih adalah seorang yang berani dan dermawan.
Islam sentiasa mendidik orang yang penakut agar menjadi orang yang berani dalam segala hal. berani mengungkapkan idea dan gagasan baru, berani mencari ilmu dan berani berperang menjadi penyambung sahabat Rasulullah S.A.W.
Adaptasi;
RAIHLAH KEJAYAAN
Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni